Monday, 2 December 2013

Gelandangan: Isu yang perlu diberi perhatian

Dewasa ini, isu gelandangan yang tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dalam komuniti masyarakat kita dilihat semakin membimbangkan. Golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap memilih untuk menjadikan kawasan kaki lima, jejantas dan juga kawasan di bawah jambatan sebagai tempat untuk mereka berteduh. Hal ini dilihat sebagai sesuatu fenomena yang kurang baik kerana dapat menjejaskan reputasi baik negara sebagai sebuah negara yang sedang membangun.

Oleh yang demikian, setiap warganagera Malaysia haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk bersama menangani permasalahan ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak boleh memandang rendah dan enteng terhadap golongan ini. Seharusnya, kita perlu bersama turun padang bagi menyelami perasaan dan isi hati mereka. Mereka harusnya perlu didekati bagi diberikan sokongan moral dan juga kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukannya dicaci dan dianggap sebagai sampah masyarakat.

Oleh yang demikian, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yusof Soup Kitchen dalam membantu untuk menyalurkan bantuan kepada golongan gelandangan ini harus diberi pujian. Sikap si kemasyarakat dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Yusof Soup Kitchen merupakan satu pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada golongan gelandangan seperti makanan dan pakaian. Aktiviti pertubuhan ini akan beroperasi pada setiap hari Selasa, Khamis, Jumaat dan juga Ahad. Pudu dan Plaza Kota Raya merupakan antara lokasi yang dipilih sebagai tempat untuk mengedarkan bantuan kepada golongan gelandangan ini. Mereka akan berkumpul pada jam 10.00 malam bagi menerima bantuan yang disalurkan.

“ Masalah keluarga, hidup tidak seronok dan berasa sunyi” jelas Hassan atau lebih dikenali sebagai Chan, 18 tahun apabila ditanya mengenai punca utama yang menyebabkan dia menjadi gelandangan. Selain itu, tiada pekerjaan tetap dan sukar meneruskan kehidupan di kota raya juga meruapakan antara penyebab yang menyebabkan dia tidak dapat berdikari di kawasan Kuala Lumpur seterusnya menjadi gelandangan di negara sendiri.

Lain pula dengan kisah Harun, 22 tahun, punca utama yang menyebabkan beliau menjadi gelandangan ialah dia berasa seronok hidup dengan cara sedemikian.” Dulu saya kerap kena buli di rumah anak yatim, lepas lari dari situ, saya berasa seronok tinggal berseorangan” tambah beliau. Bagi meneruskan kehidupan, dia bekerja sebagai pembantu restoran dan mengambil upah mengilapkan kasut orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut.

“ Golongan ini perlu dibantu dan kami di Yusof Soup Kitchen sedia untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan” jelas pengasas Yusof Soup Kitchen, Datin Hajah Fatin Hamimah Yusof tatkala disoal mengenai objektif utama pertubuhan ini. Tambah beliau lagi, setiap gelandangan ini akan diberi bantuan makanan dan juga kelengkapan hidup seperti selimut dan peralatan mandi. Bantuan ini telah disumbangkan oleh orang ramai dan juga tajaan daripada badan-badan korporat yang ingin menjalankan tanggungjawab sosial mereka.


Kesimpulannya, orang awam haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha bagi menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan ini. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan kelansungan hidup dan bukannya dicaci serta dihina.

Tuesday, 5 November 2013

Komen berkaitan Artikel 3: Balkanisasi Siber: Gangguan kepada semangat 1 Malaysia

Apa yang dapat saya ulaskan selepas membaca Artikel 3: BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1 MALAYSIA melalui blog suaramurba.blogspot.com yang merupakan hasil nukilan Dr. Rahmat Ghazali yang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Komunikasi Massa dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Istilah Balkanisasi Siber dapat didefinisikan sebagai suatu analogi gejala media yang menjadikan khalayak terpisah dan tidak sealiran dengan kumpulan yang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.
Dalam konteks ini, balkanisasi siber lebih menjurus kepada kemajuan dan perkembangan teknologi media baru yang merupakan pemangkin kepada kepesatan budaya balkanisasi siber dalam kalangan anggota masyarakat. Internet merupakan sebuah medium yang membolehkan setiap maklumat yang diperlukan diperolehi di sini. Selain itu, sifat internet dan sesawang web yang lumayan dengan berita dan maklumat ini mungkin sukar untuk kita temui di media tradisional. Lantaran itu, pelbagai maklumat yang boleh diperolehi oleh setiap pelayarnya sama ada dalam konteks positif ataupun negatif kerana kebebasan mendapat maklumat di internet tiada penghujungnya.
Namun, kebebasan yang diberikan untuk memperoleh maklumat di internet haruslah digunakan dengan sebaiknya. Dewasa ini, keterbukaan untuk mendapat maklumat di internet mungkin mengundang kepada budaya yang dilihat bakal mencemarkan budaya perpaduan kaum di Malaysia dan menghalang Malaysia untuk mencapai semangat 1 Malaysia yang pernah diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak suatu masa dahulu.
Keterbukaan untuk mendapat maklumat dan menyalurkan maklumat kepada orang awam melalui internet mampu mengundang kepada budaya balkanisasi siber dalam kalangan anggota masyarakat. Ya, pengembangan teknologi dan kemajuan media baru seperti internet merupakan sesuatu yang sukar dikawal kemajuannya. Namun, bagi mencegah dan mengawal media baru daripada menjadi hub ataupun medium pengembangan balkanisasi siber, beberapa langkah pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha mengawal budaya balkanisasi.
Justeru, setiap orang yang ingin menulis, menyampai, berkongsi dan mengutarakan pandangan mereka melalui penulisan dan dipamerkan di internet haruslah mengikut etika kewartawanan yang telah digariskan. Walaupun etika kewartawanan dilihat sebagai sesuatu yang mencabul hak untuk kebebasan bersuara namun atas dasar keselamatan dan ketenteraman Malaysia kebebasan ini perlu dikawal dan diperhatikan supaya sesuatu yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Sebarang bentuk penulisan, audio mahupun visual yang ingin disiarkan perlulah mengikut garis panduan dan etika kewartawanan yang telah ditetapkan. Setiap pelayar internet perlu mengetahui etika semasa menulis bagi mengelakkan penulisan yang berbaur perkauman, menghasut, memfitnah yang boleh memangkin kepada balkanisasi siber.

Selain itu, undang-undang yang telah ditetapkan seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 juga perlu dipatuhi oleh setiap orang dalam usaha membanteras balkanisasi siber.

Sunday, 27 October 2013

Ayuh kenyangkan perut kalian


Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menarik dan enak. Tidak lengkap kunjungan ke negeri ini jika para pengunjung tidak menikmati hidangan yang menjadi signature negeri ini. Oleh itu, kawasan seperti medan selera Padang Kota dan juga medan selera Gurney Drive haruslah dikunjungi oleh mereka bagi melengkapkan lagi diari kunjungan ke Pulau Pinang. Bagi penduduk Pulau Pinang masa yang paling menarik untuk menikmati hidangan ini ialah pada waktu malam kerana suasananya yang tidak panas dek mentari dan hembusan bayu malam yang mendamaikan menyerlahkan lagi kedamaian disini. Dibawah ini ialah senarai hidangan yang perlu dinikmati ketika bertandang disini.






Medan selera Gurney Drive yang merupakan salah satu syurga makanan  di  Pulau Pinang

Mee goreng sotong Hammed yang terletak di Padang Kota Lama ( Esplanade) memang rugi kalau tidak dicuba. Mee goreng mamak yang diperasakan dengan baik dan dihidangkan dengan sambal sotong sebagai pelengkap rasa



Gabungan sos istimewa dan hirisan segar sengkuang dan juga timun menjadikan pasembor Penang begitu istimewa












































































































































































































































































































































































































































































































































Saturday, 26 October 2013

Penang Street Art

Satu lagi tempat menarik yang perlu dikunjungi tatkala melawat Pulau Pinang ialah kawasan di mana terpahatnya hasil-hasil seni jalanan yang dihasilkan dengan begitu menarik dan kreatif sekali. Hasil seni ini boleh dilihat di sekitar kawasan kejiranan di Georgetown.







Komentari berkaitan video pergaduhan jalanan di you tube

Video pergaduhan yang berdurasi 3 minit 11 saat ini memaparkan aksi pergaduhan dan pertengkaran yang berlaku antara dua orang individu ekoran daripada kejadian kemalangan yang berlaku di sebuah jalan raya. Kemalangan yang membabitkan sebuah Proton Gen 2 yang telah dilanggar oleh sebuah Proton Wira dari arah belakang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana masalah tersebut tidak diselesaikan dengan baik dan professional.
            Sikap merupakan antara elemen yang paling penting jika berlaku sesebuah konflik atau pergaduhan. Sebagai seorang individu yang bertamadun dan matang, bijak untuk mengawal emosi dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan bersikap toleransi mampu membawa kepada penyelesaian yang memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini, sikap kedua-dua pemandu yang bersikap bodoh dan ingin menunjuk samseng di jalan raya telah menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal. Selain itu, kurang bersikap diplomatik dan tolenrasi dalam berunding telah menyebabkan mangsa tercedera kerana berlaku pergaduhan ketika ingin menegakkan kebenaran yang tidak mempunyai kepastian. Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai tamadun, moden dan merdeka mereka seharusnya bijak untuk mengawal emosi dam bijak berunding bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Perkara yang paling perlu diutamakan jika berlaku seseuatu konflik ialah bertenang dan bersikap tolenrasi serta diplomatik ketika ingin berunding bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

            Selain itu, sikap orang awam yang tidak bertanggungjawab dan sensitif dengan persekitaran juga merupakan antara penyebab utama video ini telah dimuatnaik ke laman social seperti youtube. Hal ini berlaku kerana sikap segelintir orang awam yang telah merakan video pergaduhan tersebut dan telah memuatnaik video tersebut ke laman sosial seperti youtube tanpa kebenaran dan persetujuan mangsa untuk tatapan pelayar laman sesawang yang lain. Sikap mereka telah menyebabkan maruah pihak yang terlibat telah tercalar dan memalukan mereka kerana video yang telah dimuatnaik telah ditonton diseluruh dunia. Dengan kemajuan teknologi masa kini membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi wartawan yang tidak bertauliah dan melanggar etika kewartawan melalui penulisan mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan isu-isu yang mampu mengundang kemarahan pihak lain. Seharusnya orang awam perlulah bijak dalam memilih bahan yang ingin dimuatnaik di dalam laman sosial seperti blog dan youtube agar bahan tersebut tidak mencalarkan maruah dan kebebasan orang lain. Kewartawanan dalam talian merupakan bidang yang perlu diteroka oleh semua orang tetapi mereka perlu bijak dan tahu untuk menjaga maruah dan sensitivi orang lain sebelum memuatnaik bahan kedalam laman sesawang tersebut.


David Brown Strawberry Hill @ Bukit Bendera




Salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Pulau Mutiara ialah Bukit Bendera.Kawasan peranginan tanah tinggi ini merupakan antara salah satu tarikan yang bakal menjanjikan seribu satu  keseronokkan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pengunjung yang datang. Menurut sejarah,Bukit Bendera telah dibuka oleh penjajah British semasa abad ke 18. Kawasan ini mempunyai ketinggian 833 meter dari paras laut. Oleh itu, kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman dan menyegarkan kerana terletak dikawasan bukit. Dengan mencapai suhu hampir 21 darjah celcius kawasan ini dilihat sebagai salah sebuah kawasan percutian yang amat sesuai kepada individu yang meminati suasana nyaman dan udara yang menyegerkan.

Bagi pengunjung yang ingin kesana dengan menggunakan pengankutan awam,mereka bolehlah menaiki perkhidmatan Bas Rapid Penang yang beroperasi seawal jam 530 pagi daripada Penang Sentral yang terletak di Weld Quay. Jarak perjalanan mengambil masa selama 20 ke 45 minit bergantung kepada keadaan trafik.
Pintu masuk ke Bukit Bendera. Unsur senibina bangunan ini masih mengekalkan ciri  British dan budaya  barat.
Bagi membolehkan pengunjung untuk sampai ke puncak Bukit Bendera, para pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan keretapi yang telah disediakan disini.Para pengunjung seharusnya tidak perlu untuk melepaskan peluang ini kerana pengalaman seperti ini hanya boleh didapati disini sahaja. Tambang yang dikenakan untuk sampai ke puncak dengan menggunakan keretapi ini ialah sebanyak RM 30 bagi pelawat dewasa, dan diskaun diberikan kepada warganegara Malaysia dan mereka hanya perlu membayar sebanyak RM 8 dan RM 4 dikenakan kepada pelajar.

Keretapi Bukit Bendera yang dalam perjalanan ke puncak. Suasana berkabusdan nyaman menggamit kedatangan pengunjung
Permandangan bandar Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera.


Seberang Perai dikawasan tanah besar dapat dilihat melalui Bukit Bendera

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dijalankan ketika berada disini. Namun, satu perkara yang tidak perlu dilepaskan oleh setiap pengunjung ketika datang disini ialah mengunjungi David Brown Restaurant and Sky Terrace.Restoran yang berkonsepkan Inggeris ini menawarkan suasana yang menarik dan permandangan yang cantik.



Sekitar persekitaran di David Brown Restaurant and SkyTerrace

Kolam buatan menambahkan lagi elemen dan konsep dalam taman di restoran ini



Sky Terrace, pengalaman menarik manjamu selera di tanah tinggi sambil menyasikan panorama menarik  pusat bandar Penang


Justeru, bagi pengunjung yang ingin melawat ke Bukit Bendera jangan melepaskan peluang untuk menjamu selera di David Brown Restaurant and Sky Terrace. Pengalaman yang tidak pernah akan dilupakan.