Saturday, 26 October 2013

David Brown Strawberry Hill @ Bukit Bendera




Salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Pulau Mutiara ialah Bukit Bendera.Kawasan peranginan tanah tinggi ini merupakan antara salah satu tarikan yang bakal menjanjikan seribu satu  keseronokkan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pengunjung yang datang. Menurut sejarah,Bukit Bendera telah dibuka oleh penjajah British semasa abad ke 18. Kawasan ini mempunyai ketinggian 833 meter dari paras laut. Oleh itu, kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman dan menyegarkan kerana terletak dikawasan bukit. Dengan mencapai suhu hampir 21 darjah celcius kawasan ini dilihat sebagai salah sebuah kawasan percutian yang amat sesuai kepada individu yang meminati suasana nyaman dan udara yang menyegerkan.

Bagi pengunjung yang ingin kesana dengan menggunakan pengankutan awam,mereka bolehlah menaiki perkhidmatan Bas Rapid Penang yang beroperasi seawal jam 530 pagi daripada Penang Sentral yang terletak di Weld Quay. Jarak perjalanan mengambil masa selama 20 ke 45 minit bergantung kepada keadaan trafik.
Pintu masuk ke Bukit Bendera. Unsur senibina bangunan ini masih mengekalkan ciri  British dan budaya  barat.
Bagi membolehkan pengunjung untuk sampai ke puncak Bukit Bendera, para pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan keretapi yang telah disediakan disini.Para pengunjung seharusnya tidak perlu untuk melepaskan peluang ini kerana pengalaman seperti ini hanya boleh didapati disini sahaja. Tambang yang dikenakan untuk sampai ke puncak dengan menggunakan keretapi ini ialah sebanyak RM 30 bagi pelawat dewasa, dan diskaun diberikan kepada warganegara Malaysia dan mereka hanya perlu membayar sebanyak RM 8 dan RM 4 dikenakan kepada pelajar.

Keretapi Bukit Bendera yang dalam perjalanan ke puncak. Suasana berkabusdan nyaman menggamit kedatangan pengunjung
Permandangan bandar Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera.


Seberang Perai dikawasan tanah besar dapat dilihat melalui Bukit Bendera

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dijalankan ketika berada disini. Namun, satu perkara yang tidak perlu dilepaskan oleh setiap pengunjung ketika datang disini ialah mengunjungi David Brown Restaurant and Sky Terrace.Restoran yang berkonsepkan Inggeris ini menawarkan suasana yang menarik dan permandangan yang cantik.



Sekitar persekitaran di David Brown Restaurant and SkyTerrace

Kolam buatan menambahkan lagi elemen dan konsep dalam taman di restoran ini



Sky Terrace, pengalaman menarik manjamu selera di tanah tinggi sambil menyasikan panorama menarik  pusat bandar Penang


Justeru, bagi pengunjung yang ingin melawat ke Bukit Bendera jangan melepaskan peluang untuk menjamu selera di David Brown Restaurant and Sky Terrace. Pengalaman yang tidak pernah akan dilupakan.







No comments:

Post a Comment