Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menarik dan enak. Tidak lengkap kunjungan ke negeri ini jika para pengunjung tidak menikmati hidangan yang menjadi
signature negeri ini. Oleh itu, kawasan seperti medan selera Padang Kota dan juga medan selera Gurney Drive haruslah dikunjungi oleh mereka bagi melengkapkan lagi diari kunjungan ke Pulau Pinang. Bagi penduduk Pulau Pinang masa yang paling menarik untuk menikmati hidangan ini ialah pada waktu malam kerana suasananya yang tidak panas dek mentari dan hembusan bayu malam yang mendamaikan menyerlahkan lagi kedamaian disini. Dibawah ini ialah senarai hidangan yang perlu dinikmati ketika bertandang disini.
.jpg) |
| Medan selera Gurney Drive yang merupakan salah satu syurga makanan di Pulau Pinang |
Mee goreng sotong Hammed yang terletak di Padang Kota Lama ( Esplanade) memang rugi kalau tidak dicuba. Mee goreng mamak yang diperasakan dengan baik dan dihidangkan dengan sambal sotong sebagai pelengkap rasa
 |
Gabungan sos istimewa dan hirisan segar sengkuang dan juga timun menjadikan pasembor Penang begitu istimewa
|
No comments:
Post a Comment