Saturday, 26 October 2013

Komentari berkaitan video pergaduhan jalanan di you tube

Video pergaduhan yang berdurasi 3 minit 11 saat ini memaparkan aksi pergaduhan dan pertengkaran yang berlaku antara dua orang individu ekoran daripada kejadian kemalangan yang berlaku di sebuah jalan raya. Kemalangan yang membabitkan sebuah Proton Gen 2 yang telah dilanggar oleh sebuah Proton Wira dari arah belakang telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana masalah tersebut tidak diselesaikan dengan baik dan professional.
            Sikap merupakan antara elemen yang paling penting jika berlaku sesebuah konflik atau pergaduhan. Sebagai seorang individu yang bertamadun dan matang, bijak untuk mengawal emosi dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan bersikap toleransi mampu membawa kepada penyelesaian yang memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini, sikap kedua-dua pemandu yang bersikap bodoh dan ingin menunjuk samseng di jalan raya telah menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal. Selain itu, kurang bersikap diplomatik dan tolenrasi dalam berunding telah menyebabkan mangsa tercedera kerana berlaku pergaduhan ketika ingin menegakkan kebenaran yang tidak mempunyai kepastian. Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai tamadun, moden dan merdeka mereka seharusnya bijak untuk mengawal emosi dam bijak berunding bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Perkara yang paling perlu diutamakan jika berlaku seseuatu konflik ialah bertenang dan bersikap tolenrasi serta diplomatik ketika ingin berunding bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

            Selain itu, sikap orang awam yang tidak bertanggungjawab dan sensitif dengan persekitaran juga merupakan antara penyebab utama video ini telah dimuatnaik ke laman social seperti youtube. Hal ini berlaku kerana sikap segelintir orang awam yang telah merakan video pergaduhan tersebut dan telah memuatnaik video tersebut ke laman sosial seperti youtube tanpa kebenaran dan persetujuan mangsa untuk tatapan pelayar laman sesawang yang lain. Sikap mereka telah menyebabkan maruah pihak yang terlibat telah tercalar dan memalukan mereka kerana video yang telah dimuatnaik telah ditonton diseluruh dunia. Dengan kemajuan teknologi masa kini membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi wartawan yang tidak bertauliah dan melanggar etika kewartawan melalui penulisan mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan isu-isu yang mampu mengundang kemarahan pihak lain. Seharusnya orang awam perlulah bijak dalam memilih bahan yang ingin dimuatnaik di dalam laman sosial seperti blog dan youtube agar bahan tersebut tidak mencalarkan maruah dan kebebasan orang lain. Kewartawanan dalam talian merupakan bidang yang perlu diteroka oleh semua orang tetapi mereka perlu bijak dan tahu untuk menjaga maruah dan sensitivi orang lain sebelum memuatnaik bahan kedalam laman sesawang tersebut.


No comments:

Post a Comment